Sunday, July 29, 2012

Mengenali Spyware

Apa itu spyware

Spyware ialah sejenis malware yang boleh dipasang pada komputer , dan ianya bertujuan untuk mendapatkan beberapa maklumat kecil tentang pengguna-pengguna tanpa pengetahuan mereka. Kehadiran spyware lazimnya disembunyikan dari pengguna , dan mungkin sukar untuk dikesan. Lazimnya, spyware secara rahsia diletakkan pada komputer peribadi pengguna. Kadang-kadang , spywares seperti keyloggers dipasang oleh pemilik perkongsian, korporat, atau komputer awam secara sengaja supaya mereka dapat memantau pengguna lain secara rahsia .

Ancaman Besar

Berbeza dengan virus atau worm yang merosakkan sesuatu aplikasi, spyware secara langsung dapat memonitor aktiviti komputer dan mengirimkannya kepada pihak ketiga. Virus seringkali dicipta hanya sekadar menunjuk-nunjuk atau membuktikan kehandalan seseorang. Sedangkan spyware sengaja dibuat untuk kepentingan komersil ataupun jenayah. Selain itu spyware tidak mereplikasi diri seperti kebanyakan virus. Biasanya spyware mengakses suatu sistem melalui iklan pop-up di internet, email atau laman internet tertentu. Sekarang ini serangan spyware hanya dilaporkan menyerang sistem operasi Microsoft Windows. Sistem operasi lain seperti Mac OS X atau Linux belum pernah dilaporkan terkena spyware.

Untuk sektor perniagaan, spyware merupakan ancaman yang merugikan. Selain melenyapkan kemampuan kerja program security, spyware juga kerap digunakan mencuri data penting perusahaan.
Berdasar data yang diperolehi IDC pada Desember 2004, sekurang-kurangnya terdapat 67 peratus komputer di seluruh dunia yang “dijangkiti” spyware. Lebih dari 600 perusahaan menempatkan spyware sebagai ancaman nombor empat dalam sistem keamanannya. Sementara itu Viaksincom melaporkan sehingga 10 Februari 2005 kes serangan spyware di Indonesia melebihi jumlah serangan virus. Vaksincom menyatakan, di 20 kota di seluruh Indonesia, lebih dari 95 peratus dari komputer yang terhubung ke internet ”didapati” dijangkiti spyware.

Oleh kerana spyware masuk melalui internet, kebanyakan orang sudah mula melakukan blocking terhadap laman tertentu untuk tujuan mencegahnya. “Penyaringan atau filter terhadap website tertentu bukanlah perlindungan yang baik untuk mencegah kemasukan spyware. Seboleh-bolehnya gunakanlah perisian anti-spyware.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment