LANGKAWI — Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi
(LIMA 2013) edisi ke-12 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini
dijangka mengatasi rekod penyertaan edisi yang lalu dengan penambahan 10
peratus.
Pada edisi kali ini
lebih 450 pempamer akan mengambil bahagian.
Pesawat keluaran Bombardier, Embraer, Gulfstream dan Dassault juga akan turut dipamerkan pada LIMA 2013.
Di Awana Porto Malai juga dijangka akan menjadi tumpuan
utama kerana buat pertama kalinya kapal perang Myanmar akan dipamerkan
bersama kapal pemusnah Kelas Arleigh Burke, USS Chung Hoon milik Tentera
Laut Amerika Syarikat.
Lebih unik pada pameran kali ini ialah persembahan
pelbagai budaya dari negara yang mengambil bahagian akan diadakan oleh
anak kapal antaranya dari Singapura, Filipina, Myanmar, Australia dan
Pakistan.