Wednesday, January 30, 2013

CARA MENDAPATKAN IP STREAMYX YANG BARU



Jika anda seorang pengguna Streamyx yang menggunakan IP Dynamic, anda boleh mengikuti tutorial ini.

1. Dapatkan software JDownloader di link ini http://jdownloader.org/download/index

Anda boleh pilih software JDownloader mengikut Operating System (OS) anda. Saya lebih mengemari versi Java kerana ianya boleh dibawa kemana sahaja (portable).

2. Selepas anda install software JDownloader tersebut, anda buka dan pergi ke TAB Menu >> Reconnection >> LiveHeader/Curl (lihat screen shot dibawah)

Screen Shot untuk pergi membuat Reconnection Script

3. Kemudian anda perlu klik Fetch Router IP (lihat screen shot dibawah)

screen shot Fetch Router IP menggunakan JDownloader

4. Seterusnya anda perlu klik Create Reconnection Script dan 1 popup akan keluar menunjukkan IP Router anda iaitu 192.168.1.1 (lihat screen shot dibawah)

Popup Create Reconnection Script

5. Selepas popup tersebut keluar, anda klik START dan kemudian browser anda akan dibuka dan Authenticate Log in Modem diperlukan. (lihat screen shot dibawah)

Authenticate Login Modem

Anda perlu masukkan USERNAME dan PASSWORD login Modem anda. Jika anda menggunakan Modem dari TM, anda boleh menggunakan USERNAME : tmuser dan PASSWORD : tmuser (jika anda menggunakan modem selain dari TM iaitu anda beli sendiri, anda masukkan sahaja username login dan password yang telah anda set dahulu).

6. Selepas anda berjaya login ke Modem anda, semak butir internet anda seperti streamyx username @ password (jika perlu). Jika semuanya sama sahaja, anda tidak perlu usik apa-apa dan anda hanya perlu klik SAVE/REBOOT/SAVE SETTING pada page tersebut. (lihat screen shot dibawah)

Klik Save/Reboot atau Save Setting

7. Kemudian anda boleh lihat Software JDownloader sedang merekod semua setting anda, anda tidak perlu buat apa-apa, biarkan JDownloader selesai menyimpan rekod (lihat screen shot dibawah).

Saving Reconnection Script to JDownloader

8. Setelah selesai JDownloader menyimpan semua Rekod Reconnection Script, anda akan lihat script seperti ini didalam JDownloader anda (lihat screen shot dibawah)

Reconnection Script yang berjaya dibuat oleh JDownloader

9. Sekarang anda telah berjaya membuat Reconnection Script. Jadi jika anda mahu menukar IP, caranya adalah seperti ini (lihat screen shot dibawah)

Change IP menggunakan JDownloader

10. Anda tunggu proses menukar IP itu selesai dan jika berjaya, anda akan dapat lihat seperti gambar dibawah ini.

Ip telah berjaya ditukar oleh JDownloader

Selesai.. Itu sahaja langkah untuk menukar IP lama kepada IP yang baru. Cara ini lebih berkesan berbanding anda hanya mematikan modem selama beberapa minit. Sebenarnya cara ini lebih laju kerana ianya hanya mengambil masa 1 minit – 2 minit sahaja. (saya hanya memerlukan 54 saat untuk proses menukar IP yang baru)..


Sumber: http://www.rtikel.com/
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment