Wednesday, January 30, 2013

Kenapa Nilai CPU Usage Tinggi dan Bagaimana Hendak Baikinya



CPU atau central processing unit adalah ibarat otak pada komputer atau laptop. Semakin laju nilai processor, semakin laju komputer berfungsi. Namun kelajuan komputer mungkin menjadi lembap kerana nilai CPU Usage yang tinggi secara konsisten di mana ia menganggu komputer anda untuk berjalan seperti biasa.

Sama seperti kita, kita akan rasa rungsing dan tertekan jika kita menggunakan seluruh minda untuk berfikir, CPU pula akan jadi lembap apabila nilai CPU Usage kekal tinggi iaitu lebih dari 50 % pada setiap masa. Bagi anda yang tidak tahu untuk melihat nilai CPU Usage, anda boleh pergi ke bahagian bawah skrin komputer anda dan klik kanan tetikus. Selepas itu, anda pilih task manager, performance tab dan di sana anda boleh lihat nilai cpu usage.

Nilai CPU usage yang tinggi akan menyebabkan komputer anda menjadi lembap dan semakin lembap dan akhirnya akan hang dan tertutup sendiri.  CPU usage adalah masalah dalaman di mana jika anda tambah nilai RAM sekalipun, ia tidak boleh menyelesaikan masalah yang anda hadapi ini.
contoh nilai CPU Usage yang konsisten tinggi di mana ia akan menyebabkan komputer anda lembap.

Berikut adalah sebab kenapa nilai CPU usage anda tinggi :

  • Anda menggunakan antivirus software yang tidak compatable dengan sistem operasi anda.
  • Terdapat banyak virus, malware dan worm pada komputer anda.
  • Ada banyak software atau aplikasi yang sedang run tanpa kebenaran anda.
  • Fail driver komputer anda rosak (corrupted).
  • Anda menggunakan software pirate dan software tersebut rosak.
  • Grafik card, video card atau network kad anda rosak.
  • Sistem operasi anda tidak di update.

Cara untuk baiki masalah nilai CPU usage yang tinggi adalah :

  • Anda update windows anda dan semua driver yang anda gunakan di komputer anda. Selain itu, anda update semua software yang anda sedang gunakan.
  • Anda buang semua virus yang terdapat dalam komputer anda. Beli antivirus software yang sesuai dengan sistem operasi dan hardware anda. Kemudian, anda scan komputer anda dan buang semua virus yang terdapat di dalam komputer anda.
  • Anda bersihkan komputer anda daripada fail – fail yang corrupt dengan anda cleaning registry anda.
  • Anda baiki kipas laptop anda kerana kadangkala CPU Usage anda kekal tinggi kerana ia panas.

Tambahkan Kelajuan Internet Anda




Ni cara nak buat. Yang paling penting komputer korang tak akan rosak atau pon hang...

Kaedah A:
Flush DNS – saya akan flush DNS supaya semua cache DNS sebelum ini yang ada didalam komputer saya dipadam.Untuk flush DNS, anda hanya perlu membuka command promt (CMD) dan taipkan ipconfig/flushdns dan tekan enter.
Jika keluar “Windows IP Configuration Successfully flushed the DNS Resolver Cache.”
maka anda sudah berjaya flush DNS.

Kaedah B:
1. Mula-mula korang pergi ke run.
2. Taipkan 'system.ini'
3. Korang cari CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON
4. Korang pastekan ayat-ayat bawah ni kat bawah CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON

page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
Download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps
speaker=1000000Tbps
view=1000000Tbps
picture=1000000Tbps
image=1000000Tbps

p/s: Kalau komputer anda dah tertera ayat-ayat kat atas tuh. Korang cuma perlu gantikan 1000Gbps kepada 1000000Tbps.
Selamat mencuba

Sign in 2 id ym dalam 1 pc




Mula-mula:Install la Yahoo Messengger^^
1. korang pergi kat run dan taipkan "regedit" (ni nak bukak registry kepada yang newbie)
2. lepas tu korang cari ni.
HKEY_CURRENT_USER-->Software-->Yahoo-->Pager-->Test
3. Right Click kat sebelah kanan registry tuh untuk buat new DWORD value dan tuliskan dengan perkataan "plural".
4. Korang try la buka lagi satu ym. Kalo agak tak mau tuh. korang restart.
5. Kalo korang takut sangat nak edit-edit dari registry. Leh bukak ym satu pastuh korang pegi jerk kat http://www.meebo.com. On lagi satu id kat situ


-=::selamat mencuba::=-

Mendapatkan Kembali Fail Yang Didelete




Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, anda memerlukan recovery software.PC INSPECTORmerupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:

1. Fail yang anda telah delete.
2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
3. Partition yang hilang secara tiba-tiba

Jika anda hanya ingin mendapatkan kembali fail yang anda baru sahaja delete (mungkin secara tidak sengaja), Restoration merupakan pilihan yang baik. Ia juga sangat pantas dan berkesan dalam mencari fail.

Apa pun, perlu diingat bahawa recovery adalah merupakan pilihan terakhir anda. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik anda sediakan backup pada dokumen-dokumen anda sebelum menyesal di kemudian hari

Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti Virus




Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Perbezaan Original Set dan AP Set




Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami di highspecpcit ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi teguran.
DEFINISI

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond)
WARRANTY

Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.
HARGA
Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Tambahan :-
Underwater setPernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition)
Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!

Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.

Cara Mempercepat Komputer Anda


Cara mempercepat komputer – Dengan mengikuti beberapa panduan sederhana, Anda dapat menjaga komputer Anda, membantu meningkatkan kecepatan PC Anda, dan membantu menjaga itu berjalan lancar. Artikel ini membahas cara menggunakan alat-alat yang tersedia di Windows 7, Windows Vista, dan Windows XP Paket Layanan 3 untuk membantu membuat komputer Anda lebih cepat, menjaga komputer Anda secara efisien, dan membantu menjaga privasi Anda saat Anda online.

1. Hapus spyware, dan lindungi komputer anda dari virus
Spyware mengumpulkan informasi pribadi tanpa membiarkan Anda tahu dan tanpa meminta izin. Dari situs yang Anda kunjungi untuk nama pengguna dan password, spyware dapat menempatkan Anda dan informasi rahasia beresiko. Selain untuk privasi, spyware dapat menghambat kinerja komputer Anda. Untuk memerangi spyware, Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan pemindaian keamanan PC dari Windows Live OneCare. Pemindaian ini adalah layanan gratis yang membantu memeriksa dan menghapus virus.
Download Microsoft Security Essentials gratis untuk membantu menjaga sistem Anda di masa depan dari virus, spyware, adware, dan perangkat lunak berbahaya lainnya (juga dikenal sebagai malware). Microsoft Security Essentials bertindak sebagai alat penghapus spyware dan termasuk pembaruan otomatis untuk membantu menjaga sistem Anda terlindung dari ancaman yang muncul.
Alat Penghapus Perangkat lunak berbahaya Microsoft Windows adalah utilitas lain yang memeriksa komputer yang menjalankan Windows 7, Windows Vista, Windows XP, Windows 2000, dan Windows Server 2003 untuk infeksi oleh perangkat tertentu lunak berbahaya, termasuk Blaster, Sasser dan Mydoom, dan membantu menghapus infeksi yang ditemukan.

2. Maksimalkan kinerja hard disk anda
Alat Pembersihan Disk membantu Anda mengoptimalisasi hard disk untuk meningkatkan kinerja komputer Anda. Alat mengidentifikasi file yang dapat dihapus dengan aman dan kemudian memungkinkan Anda untuk memilih apakah Anda ingin menghapus beberapa atau semua file diidentifikasi.
Gunakan Pembersihan Disk:
Menghapus berkas Internet sementara.
Menghapus file download program, seperti kontrol Microsoft ActiveX dan applet Java.
Mengosongkan keranjang sampah.
Menghapus berkas sementara Windows, seperti laporan kesalahan.
Menghapus komponen Windows opsional yang tidak Anda gunakan.
Menghapus program terinstal yang tidak Anda gunakan lagi.

3. Mempercepat akses ke data dengan defrag
Fragmentasi disk memperlambat kinerja keseluruhan sistem Anda. Ketika file terfragmentasi, komputer harus mencari pengandar perangkat keras seperti file terbuka (piece kembali bersama-sama). Waktu respons dapat lebih lama.Defragmenter Disk (kadang-kadang disingkat Defrag oleh pengguna) adalah sebuah utilitas Windows yang terfragmentasi file dan folder pada pengandar perangkat keras komputer sehingga masing-masing menempati satu ruang pada disk. Lakukan defrag paling tidak sebulan sekali.

4. Mendeteksi dan memperbaiki bad sector pada disk
Selain menjalankan Pembersihan Disk dan Disk Defragmenter untuk mengoptimalkan kinerja komputer Anda, Anda dapat memeriksa integritas file yang tersimpan pada hard disk dengan menjalankan “Error Checking utility”.
Ketika Anda menggunakan hard drive Anda, itu dapat mengembangkan bad sector. Bad sector memperlambat kinerja hard disk dan kadang-kadang membuat menulis data sulit atau bahkan tidak bisa. Pengecekan Error utilitas memindai hard drive untuk sektor buruk dan scan untuk galat sistem berkas untuk melihat apakah file atau folder tertentu bermasalah.Jika Anda menggunakan komputer Anda setiap hari, Anda harus menjalankan utilitas ini sekali seminggu untuk membantu mencegah kehilangan data.

5. Maksimalkan RAM anda
Ram adalah salah satu hardware PC yang mempengaruhi kinerja komputer anda , semakin besar kapasitas RAM maka kemungkinan kecepatan PC akan semakin bertambah , cek RAM anda dan konsultasikan dengan toko komputer terdekat. Belakangan ini harga RAM terus turun karena masuknya produk RAM yang lebih canggih

6. Sesuaikan visual efek dengan kemampuan hardware anda
Windows menyediakan sejumlah efek visual yang menarik termasuk windows animasi dan fading menu. Jika Anda tidak memiliki cukup operasi memori , efek ini dapat memperlambat komputer Anda. Sesuaikan atau kurangi efek visual dan lihat bagaimana perbedaannya

CARA MENDAPATKAN IP STREAMYX YANG BARU



Jika anda seorang pengguna Streamyx yang menggunakan IP Dynamic, anda boleh mengikuti tutorial ini.

1. Dapatkan software JDownloader di link ini http://jdownloader.org/download/index

Anda boleh pilih software JDownloader mengikut Operating System (OS) anda. Saya lebih mengemari versi Java kerana ianya boleh dibawa kemana sahaja (portable).

2. Selepas anda install software JDownloader tersebut, anda buka dan pergi ke TAB Menu >> Reconnection >> LiveHeader/Curl (lihat screen shot dibawah)

Screen Shot untuk pergi membuat Reconnection Script

3. Kemudian anda perlu klik Fetch Router IP (lihat screen shot dibawah)

screen shot Fetch Router IP menggunakan JDownloader

4. Seterusnya anda perlu klik Create Reconnection Script dan 1 popup akan keluar menunjukkan IP Router anda iaitu 192.168.1.1 (lihat screen shot dibawah)

Popup Create Reconnection Script

5. Selepas popup tersebut keluar, anda klik START dan kemudian browser anda akan dibuka dan Authenticate Log in Modem diperlukan. (lihat screen shot dibawah)

Authenticate Login Modem

Anda perlu masukkan USERNAME dan PASSWORD login Modem anda. Jika anda menggunakan Modem dari TM, anda boleh menggunakan USERNAME : tmuser dan PASSWORD : tmuser (jika anda menggunakan modem selain dari TM iaitu anda beli sendiri, anda masukkan sahaja username login dan password yang telah anda set dahulu).

6. Selepas anda berjaya login ke Modem anda, semak butir internet anda seperti streamyx username @ password (jika perlu). Jika semuanya sama sahaja, anda tidak perlu usik apa-apa dan anda hanya perlu klik SAVE/REBOOT/SAVE SETTING pada page tersebut. (lihat screen shot dibawah)

Klik Save/Reboot atau Save Setting

7. Kemudian anda boleh lihat Software JDownloader sedang merekod semua setting anda, anda tidak perlu buat apa-apa, biarkan JDownloader selesai menyimpan rekod (lihat screen shot dibawah).

Saving Reconnection Script to JDownloader

8. Setelah selesai JDownloader menyimpan semua Rekod Reconnection Script, anda akan lihat script seperti ini didalam JDownloader anda (lihat screen shot dibawah)

Reconnection Script yang berjaya dibuat oleh JDownloader

9. Sekarang anda telah berjaya membuat Reconnection Script. Jadi jika anda mahu menukar IP, caranya adalah seperti ini (lihat screen shot dibawah)

Change IP menggunakan JDownloader

10. Anda tunggu proses menukar IP itu selesai dan jika berjaya, anda akan dapat lihat seperti gambar dibawah ini.

Ip telah berjaya ditukar oleh JDownloader

Selesai.. Itu sahaja langkah untuk menukar IP lama kepada IP yang baru. Cara ini lebih berkesan berbanding anda hanya mematikan modem selama beberapa minit. Sebenarnya cara ini lebih laju kerana ianya hanya mengambil masa 1 minit – 2 minit sahaja. (saya hanya memerlukan 54 saat untuk proses menukar IP yang baru)..


Sumber: http://www.rtikel.com/