Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Jenis virus komputer yang biasa kita dengar

Apa Itu Virus Komputer
Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Jenis File Virus Shorcut



Merupakan sejenis Virus yang mengeksploitasi bahagian Shortcut pada Microsoft Windows. Dari berbagai varian virus yang diketahui yang boleh mengeksploitasi bahagian file shortcut (.lnk) di Windows, Worm Vobfus adalah yang cukup banyak disebarkan di Indonesia. Menurut keterangan dari Vaksincom, Virus Shortcut Vobfus atau nama lain Visual Basic Obfuscated ini menggunakan bahasa program Visual Basic serta memiliki keupayaan yang bervariasi.

File Worm tersebut boleh dikenali kerana ia biasanya akan menggunakan icon Visual Basic. Jenis filenya adalah aplikasi (.exe) atau screen saver (.scr).

Berikut adalah beberapa file yang akan dibuat virus shortcut Vobfus ketika menjangkiti komputer:

* C:Documents and Settings%user%alg.exe atau x.exe (sistem operasi Windows 2000/XP/2003)
* CDocuments and Settings%user%[nama_acak].exe (Windows 2000/XP/2003)
* C:User%user%alg.exe atau x.exe (Vista/7/2008)
* CUser%user%[nama_acak].exe (Vista/7/2008)

Selain file-file di atas, Vobfus juga membuat beberapa file pada media penyimpanan luaran. Nama yang digunakan adalah:

* [nama_file].exe
* [nama_file].scr

Kemudian, Vobfus akan membuat file Shortcut (.lnk) sesuai dengan nama folder yang disembunyikannya. Beberapa nama shortcut yang dibuatnya adalah:

* Documents.lnk
* Music.lnk
* New Folder.lnk
* Passwords.lnk
* Pictures.lnk
* Video.lnk
* [nama_file].lnk (lebih dari satu file)

10 VIRUS BERBAHAYA !


Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986 sehingga tahun 2007, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini..

Brain, 1986


Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.


Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.


Melissa, 1999


Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.


ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.


Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.


Nimda, 2001


Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.


Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.


MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.


Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.