langkah #1 : Muat turun file
ISO image dari laman rasmi Ubuntu.Pilih file mengikut architecture
computer ada sama ada 32bit atau 64bit. Kalau tak yakin pilih 32 bit pun
takpa.
langkah #2 : Buat USB yang
boleh di boot (live USB) dengan menggunakan Universal USB Installer
(aplikasi windows yang akan menghasilkan bootable/Live USB dari image
yang telah kita muat turun tadi)
Muat turun Universal USB Installer
disini dan klik sahaja file exe tersebut, anda akan nampak window seperti yang dipaparkan di bawah:
Pada menu Linux Distrubution, pilih
Ubuntu 11.04 dan browse file image ISO yang kita muat turun sebelum ini.
Dalam sesetengah kes, perisian ini akan detect secara automatik.
Sekarang, pilih USB drive yang akan kita gunakan untuk menjadikannya
bootable sistem, thick pada opsyen format jika anda mahu hanya sistem
Obuntu di dalamnya. Kemudian klik pada butang "Create" untuk memulakan
proses.. dan tunggu beberapa minit sehingga prose instalasi lengkap
100%.
langkah #3
: Sekarang, restart komputer anda dan boot sistem dari USB tadi (Jika
tak boleh boot, sila tukar seting pada bios untuk membolehkan USB itu di
boot atau tukar susun atur pada boot priority order). Kemudian klik -
‘install Ubuntu’ yang akan dipaparkan sekiranya anda berjaya boot dari
USB tadi.Screenshots di bawah akan dipaparkan.
Selepas
memilih bahasa pilihan anda, (Bahasa Melayu tiada untuk versi 11.04,
dulu versi 5.0 ada) klik pada butang "foward". dalam window yang
seterusnya, sistem akan memberitahu anda sama ada spesifikasi komputer
anada adalah mencukupi untuk instalasi Ubuntu 11.04. Ia juga akan turut
menyarankan anda agar menyambungkan hubungan internet, dimana ia boleh
memuat turun data-data penting untuk komputer anda. Internet bukanlah
wajib dan boleh teruskan instalasi tanpa internet, tetapi tauke
nasihatkan agar "Update" Ubuntu anda bila ada hubungan internet kelak.
langkah #4 : Langkah ke 4
ini adalah yang paling kritikal, dimana ramai orang menganggap agak
merbahaya jika tersalah setting. Jangan risau, saya akan bantu anda
untuk membua setting mengikut kehendak anda dan mengelakkan anda dari
tersilap langkah.
Sekiranya anda tidak pernah install sebarang versi Ubuntu ada mempunyai 2 pilihan:
Opsyen - 1
: Erase Everything and Reinstall - ia akan format segala data dalam
pemacu keras anda (Segala file dan OS yang ada didalamnya seperti
Windows 7) dan Ubuntu 11.04 akan diinstall. Jika anda sayang file anda
dan masih mahu menggunakan Windows 7, jangan pilih opsyen ini.
Opsyen 2
: Something Else - Tiada file yang akan dipadam dalam pemacu keras anda
dan anda boleh menggunakan Windows 7 anda secara "parallell" dengan
Ubuntu. Kepada yang baru mula berjinak dengan Ubuntu, tauke sarankan
opsyen ini. Selepas anda pilih opsyen 2, tetingkap berikut akan
dipaparkan
Pilih pemacu keras (sekiranya
lebih dari satu), kemudian partition yang akan kita install Ubuntu.
Setelah memilih partition yang dikehendaki klik butang delete dan "free
space" akan dipaparkan. Klik pada "free space" tersebut dan klik butang
"Add". Kemudian masukkan butiran seperti berikut:
- Partition Type – ‘Primary’
- File System – ‘Ext4′
- Mount Point – ‘/’
- Beginning
Klik butang Install Now’ dan terus ke langkah seterusnya
Langkah #5 : Sekarang, masukkan maklumat-maklumat asas yang
diminta semasa proses prosedur instalasi sedang berjalan dan klik butang
"Foward" setelah selesai pada setiap paparan.
- Where are you? - Pilih negara anda dari peta atau taip pada ruang yang disediakan.
- Keyboard Layout - Pilih setting untuk keyboard anda.
- Who are you? - Masukkan maklumat anda – Your Name , Computer Name, Login Info (Username, dan Password).
Tunggulah sampai siap. Berapa lama bergantung pada kepantasan komputer anda.
Ini adalah Snapshot Ubuntu 11.04 sesudah siap install, masih segar dari ladang.
-=::Selesai::=-
-=::Selamat Mencuba::=-